Kelas ICT- Microsoft PowerPoint
23 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini22 Ogos 2020 – Seramai 5 orang pelajar telah menyertai kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet Presint 16. Pelajar telah diajar menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan pembentangan bahan pembelajaran dengan lebih menarik. Kelas dimulakan dengan menerangkan beberapa pilihan templet yang terdapat dalam Powerpoint yang boleh dipilih oleh pelajar. Sesi ini bermula pada jam 4 petang hingga 5 petang. Pelajar akan dapat memperlajari berkaitan cara-cara untuk memasukan gambar, bentuk, jadual dan sebagainya bagi menghasilkan video pembentangan yang lebih menarik dan tersusun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: